Seorang lagi pemain Malaysia difahamkan hampir pasti menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad Harimau Selatan dilaporkan bakal melakukan rombakan besar-besar untuk menambah baik pasukan sedia ada.
JDT bagaimanapun masih mengekalkan rekod cemerlang pada musim ini apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan setakat ini.
Menerusi satu perkongsian oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman, beliau memberi bayangan akan ada beberapa muka baru yang dibawa masuk.
“JDT bakal buat rombakan pemain pada jendela perpindahan Ogos ini.
“6 pemain telah dikenal pasti dan sudah ada yang telah lapor diri di Padang Seri Gelam,” jelasnya.
Skuad Harimau Selatan difahamkan bakal menerima beberapa muka baharu iaitu pemain import dengan difahamkan tonggak Korea Selatan, Sepanyol, Colombia dan Argentina dalam radar JDT.
Perpindahan yang menjadi tumpuan adalah apabila seorang pemain tempatan disebut-sebut bakal ke selatan tanah air.
Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan kemasukan mana-mana pemain tatkala jendela perpindahan bakal dibuka bulan hadapan.