Penjaring Terbanyak Tinggalkan Selangor?
MakanBola
Selangor FC

Drama perpindahan pemain mula hangat diperkatakan dengan seorang tonggak Selangor dijangka menyertai Negeri Sembilan.

Saingan musim 2025-26 melabuhkan tirainya selepas saingan Piala Malaysia dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) menggondol piala berprestij itu buat kali keempat berturut-turut.

Persiapan pasukan menjelang musim baharu kini hangat diperkatakan selepas beberapa tonggak berbakat dijangka membawa haluan baharu.

Antara nama yang dikaitkan adalah penjaring terbanyak Liga A1 25-26, Abdul Rahman Daud.

Pemain skuad Malaysia B-23 tahun ini difahamkan bakal melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Super, Negeri Sembilan FC bagi saingan musim baharu.

“Selesai tugasan terakhir di Kangar, Rahman Daud difahamkan ucap selamat tinggal kepada Selangor dan bakal sertai Negeri Sembilan dengan status penjaring terbanyak pemain tempatan Liga A1 2025/26,” ujar laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Rahman Daud merekodkan 23 jaringan pada musim ini untuk berada pada kedudukan kedua tertinggi dalam carta penjaring Liga A1 Semi-Pro dengan Emmanuel Barga muncul peledak paling handal dengan 32 jaringan.

Setakat ini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada kelab mahupun pemain sendiri berhubung status khabar angin ini.

Claim Money Packet TnG