Advertising
Penjelasan Sabah Tentang Pemergian Ong Kim Swee
MakanBola
Sabah FC

Sabah FC telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemergian Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Cerita indah pengendali berusia 53 tahun itu bersama The Rhinos bakal berakhir apabila beliau memutuskan untuk tidak lagi bersama pasukan.

Kim Swee dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau dengan berat hati terpaksa meninggalkan Sabah FC.

Ad

“Dengan rasa berat hati, saya memutuskan untuk memilih haluan berbeza dengan tidak meneruskan tugasan saya sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC apabila kontrak saya tamat pada November 2024.

Ad

“Tugasan terakhir saya adalah perlawanan menentang PT Athletic pada 23 November 2024. 36 bulan bersama Sabah FC bukanlah satu jangka masa yang singkat dan perjalanan ini amat luar biasa,” katanya.

Sabah juga dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih atas segala jasa yang telah diberikan oleh Kim Swee kepada pasukan.

Ad
Ad

“Sabah FC ingin memaklumkan bahawa pihak pengurusan telah menerima permohonan daripada Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, untuk tidak menyambung kontraknya bersama kelab yang akan berakhir pada 30 November 2024 ini.

Ad

“Permohonan ini telah dipertimbangkan dengan teliti dan diterima dengan rasa hormat terhadap keputusan beliau. Perlawanan menentang PT Athletic FC dalam saingan Pusingan 16, Piala Malaysia pada 23 November ini merupakan perlawanan terakhir beliau.

Pencapaian memberangsangkan Sabah di bawah kendaliannya telah meletakkan penanda aras tinggi kepada pasukan.

“Beliau berjaya berada di kedudukan tiga tempat teratas Liga Super bagi musim 2022 dan 2023 selain membawa Sabah FC hingga ke peringkat separuh akhir Piala AFC tahun lalu.

“Kepimpinan dan dedikasi beliau telah memberi impak besar kepada pasukan serta komuniti bolasepak Sabah. Sabah FC mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan dan komitmen yang telah diberikan oleh beliau.

“Pihak kelab mendoakan kejayaan beliau dalam apa jua bidang dan perjalanan karier yang bakal ditempuh selepas ini,” tambah Sabah FC.

Kim Swee dikaitkan dengan kepulangan ke kem negara di Kelana Jaya selain mendapat tawaran untuk berkelana di Indonesia.