Advertisements
Penolong Tano Solari Tinggalkan JDT
Transfer
MakanBola
MFL

Penolong Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Pablo Ricchetti baru-baru ini telah mengumumkan pengundurannya dari gergasi selatan itu melalui media sosialnya.

Ricchetti telah mencoret satu ucapan terima kasih kepada warga JDT terutamanya kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ yang memberikannya peluang berbakti buat JDT untuk musim 2023 ini.

“Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Saya harap ianya hanyalah ‘Jumpa Lagi’ dan bola sepak serta kehidupan akan pertemukan kita lagi.

“Pertama sekali saya mahu berterima kasih kepada BOSS (TMJ) kerana menerima saya untuk berada di dalam keluarga ini.

“Kepada Datuk Jay (Pengarah Kewangan JDT), Martin Prest (Pengarah Sukan JDT) dan Kiko Insa. Kamu semua telah membuatkan kerja saya dan kehidupan saya lebih mudah. Terima Kasih,” luah Ricchetti dalam satu hantaran di laman instagram.

Ricchetti juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada para pemain JDT, staf teknikal, staf medik sehinggalah kepada para pemain belia JDT.

Meninggalkan JDT adalah satu keputusan yang berat untuk dibuat oleh Ricchetti. Biarpun meninggalkan JDT, cinta beliau terhadap kelab itu akan kekal selamanya.