Advertising
Penonton Aksi JDT vs Pohang Steelers Berpeluang Menangi Motosikal & Jersi Istimewa
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menghadiri aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) berpeluang memenangi hadiah motosikal dan jersi istimewa.

Ini selepas pengurusan Harimau Selatan mengadakan cabutan bertuah buat para penyokong yang bakal hadir untuk aksi ACLE antara pasukan itu dan Pohang Steelers pada 18 Februari ini.

Ad

Inisiatif ini dilihat bukan saja membantu meningkatkan kehadiran penyokong pada hari perlawanan. Malah, inisiatif ini dilihat turut memberi penghargaan kepada penyokong yang sentiasa bersama JDT.

Ad

Cabutan bertuah bakal diadakan pada rehat separuh masa aksi JDT dan Pohang Steelers.

Penyokong bertuah perlu hadir ke Pusat Khidmat Pelanggan di aras bawah Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selepas perlawanan berakhir untuk menebus hadiah masing-masing.

Ad

Pemenang pertama bakal menerima hadiah sebuah motosikal. Pemenang kedua dan ketiga masing-masing menerima jersi istimewa dan hamper cenderamata.

Ad

Menariknya, ketiga-tiga pemenang bakal menerima jersi yang ditandatangani Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva.

Ad

Lima pemenang hadiah saguhati pula menerima jersi istimewa yang ditandatangani pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies.

Cabutan bertuah ini hanya boleh disertai oleh pemegang tiket dan pemegang pas bermusim yang hadir ke perlawanan ini sahaja. Ini kerana setiap tiket dan pas yang diimbas di pintu masuk secara automatik layak menyertai cabutan bertuah ini.

Aksi ini dijangka memecahkan rekod kehadiran tertinggi SSI dalam saingan ACLE iaitu seramai 34,236 orang. Ini kerana peruntukan tiket ACLE untuk penyokong JDT sudah habis dijual.