Penyerang Arsenal, Viktor Gyokeres menyalahkan keadaan permukaan rumput padang di Stadium Emirates yang menyebabkan kelab beliau terlepas meraih 3 mata penuh.
Arsenal melayani kunjungan pasukan yang berada di tangga kedua belas EPL, AFC Bournemouth pada Sabtu menyaksikan The Gunners tumpas 1-2 kepada The Cherries.
The Cherries membuka akaun jaringan perlawanan terlebih dahulu menerusi J.Kroupi pada minit ke-17 sebelum Viktor Gyokeres menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum tamat babak pertama.
Alex Scott menjadi wira AFC Bournemouth dengan merobek jaringan kemenangan The Cherries pada minit ke-74 sekali gus memberikan kekalahan keempat Arsenal dalam kancah Liga EPL musim ini.
Menurut Viktor Gyokeres, mereka mempunyai peluang pada penghujung separuh masa kedua untuk meraih gol tambahan namun keadaan permukaan rumput di Stadium Emirates sedikit kering yang menyebabkan beliau kurang selesa.
“Kami mempunyai beberapa peluang yang baik pada penghujungnya. Sejujurnya padang di sana agak kering, jadi itu tidak membantu.”
“Tetapi sudah tentu kita semua perlu melakukan yang lebih baik dan kita perlu mengambil peluang kita,” kata penyerang Arsenal, Viktor Gyokeres kepada The Sun.
Gyokeres mendapat peluang keemasan pada minit ke-79 untuk mengikat kedudukan, namun usahanya gagal menepati sasaran ketika Arsenal memusnahkan harapan mereka untuk meraih kejuaraan EPL.
Ketika ini, Arsenal kekal berada di tangga pertama Liga EPL dan diikuti rapat musuh tradisi, Manchester City yang hanya ketinggalan 9 mata & kurang 2 aksi berbanding The Gunners.