Arsenal terpaksa akur terlepas satu lagi kejuaraan domestik selepas tersingkir di suku akhir The Emirates FA Cup.
Skuad kendalian Mikel Arteta turun berdepan Southampton di laman lawan dengan membawa misi ke separuh akhir FA Cup sekali gus mencerahkan peluang menjulang trofi sulung musim ini.
Walau bagaimanapun, impian besar Arsenal tersebut gagal tercapai apabila Southampton beraksi cukup garang untuk menyingkirkan The Gunners 2-1 di hadapan ribuan peminat sendiri.
Ross Stewart meletakkan The Saints di depan pada separuh masa pertama sebelum Viktor Gyokeres menyamakan skor 1-1 untuk Arsenal selepas lebih sejam permainan berlangsung.
Gol pemain gantian, Shea Charles ketika aksi berbaki 5 minit lagi untuk dimainkan memberikan kemenangan kepada tuan rumah sekali gus menutup peluang Arsenal meraih kejuaraan ‘Triple’ musim ini.
Terdahulu, Arsenal sudah pun terlepas peluang untuk muncul juara Carabao Cup apabila tumpas 0-2 di tangan Manchester City dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley beberapa minggu lalu.
Kini, The Gunners hanya berpeluang untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) serta Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang menyaksikan anak diduk Mikel Arteta akan menentang Sproting Lisbon di suku akhir.