Penyerang Kacukan Scotland Kongsi Perbezaan Intensiti Latihan Di JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang kacukan Scotland, Fergus Tierney tampil berkongsikan pengalamannya terhadap perbezaan intensiti latihan di JDT.

Pemain berusia 21 tahun itu mengakui intensiti latihan pasukan utama JDT amat berbeza jika dibandingkan dengan latihan di JDT II.

Fergus Tierney yang merupakan penyerang utama pasukan JDT II sebelum ini telah dipanggil oleh jurulatih untuk turun berlatih bersama skuad senior JDT.

Advertisements

“Sukar untuk gambarkan tahap tetapi saya memang tidak biasa dengan perkara itu. Kamu tidak dapat melihat bola kerana laju sangat.”

“Memang berbeza JDT II dan JDT I tetapi JDT II sudah berikan stepping stone untuk menyertai pasukan utama. Itu matlamat semua pemain JDT II.” ujar Fergus Tierney dalam rancangan Bola Itu Life.

Advertisements

“Semua pemain mengagumkan. Kalau pemain tempatan, Arif Aiman. Saya suka tengok pemain yang bermain di posisi saya seperti Forestieri, Bergson, Syafiq Ahmad dan Hazwan Bakri. Mereka berada di tahap tinggi dan saya berharap suatu hari nanti dapat menyamai tahap mereka.” tambahnya.

Fergus juga turut berkongsi bahawa beliau bermain selaku pemain tengah sebelum akhirnya menggalas peranan penyerang untuk pasukan JDT II.

Advertisements

Penyerang muda itu juga pernah memperkuatkan jentera utama pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun dalam saingan Piala Merlion 2023 dan juga kejohanan Piala AFF B23.

Fergus Tierney turut menjaringkan gol debut untuk pasukan junior Malaysia sewaktu menentang Kemboja dalam kejohanan Piala Merlion 2023 di Singapura tahun lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram