Penyerang Terengganu FC dari Curaçao, Gervane Kastaneer, berjaya mencipta satu bantuan jaringan menarik dalam aksi FIFA Series 2026 yang berlangsung di Australia.
Dalam perlawanan tersebut, skuad Curaçao bertandang ke Australia dengan Kastaneer bermula di bangku simpanan pada separuh masa pertama.
Babak pertama menyaksikan Curaçao ketinggalan satu gol hasil jaringan penyerang CD Castellón, Awer Mabil, yang meledak pada minit ke-23.
Memasuki separuh masa kedua, Kastaneer dimasukkan menggantikan Jeremy Antonisse. Kepercayaan yang diberikan itu dibalas dengan cemerlang apabila beliau mencipta bantuan jaringan menerusi satu tandukan pada minit ke-50, yang disempurnakan oleh ArJany Martha.
Namun begitu, jaringan tersebut tidak mencukupi untuk mengubah nasib pasukan apabila Australia bangkit dengan empat lagi gol. Perlawanan di Melbourne Rectangular Stadium berakhir dengan keputusan 5-1 memihak kepada pasukan tuan rumah.
Keputusan ini menyaksikan Curaçao menamatkan kempen FIFA Series 2026 dengan dua kekalahan daripada dua perlawanan, masing-masing di tangan China dan Australia.