Sebilangan penyokong China menzahirkan perasaan malu selepas melihat pasukan mereka gagal menandingi kekuatan Malaysia sekali lagi.
Aksi persahabatan antara pasukan China dan Malaysia B-23 berlangsung di Shanghai, China sebagai persediaan menuju aksi Piala Asia di Qatar pada April tahun hadapan.
Perlawanan itu menjadi detik penting buat kedua-dua pasukan selepas aksi pasukan senior pada bulan September lalu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.
Tugasan pertama Juan Torres berlangsung cukup baik selepas beliau berjaya membentuk persefahaman pasukan untuk beraksi lebih agresif di gelanggang lawan.
Tandukan pertahanan muda negara, Harith Haiqal pada masa kecederaan babak kedua memastikan kemenangan milik Malaysia bagi aksi ini.
Sebilangan penyokong China mula menzahirkan kerisauan apabila melihat prestasi yang ditampilkan oleh pasukan mereka.
“Jika kita pergi ke Piala Asia B-23, kita (China) akan dikalahkan tiga atau empat gol dengan Korea dan Jepun.”
“Tiga atau empat masih baik, saya risau lima, enam, tujuh atau lebih,” ujar Shingtai.

Mereka juga melihat prestasi setiap posisi dalam skuad juga semakin merudum sekaligus menjejaskan prestasi pasukan.
“Banyak pemain yang telah ditukar, tetapi menjadi makin teruk.”
Malaysia akan bertemu China B-23 sekali lagi pada 26 Disember 2023 untuk melengkapkan siri pertemuan di sana.