Advertising
Penyokong JDT Boleh Tersenyum Panjang
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) kini boleh tersenyum panjang.

Skuad kendalian Hector Bidoglio mendapat khabar baik selepas pasukan mara ke pentas akhir Piala Malaysia buat kali kelima berturut-turut.

Ad

JDT yang kini selesa mendahului carta Liga Super terus melakukan persiapan bagi aksi AFC Champions League Elite (ACLE) memasuki perlawanan ketujuh.

Ad

Johor Southern Tigers baru-baru ini telah mengumumkan ketibaan tiga lagi pemain baharu iaitu Alvaro Gonzalez, Jonathan Viera dan juga Roque Mesa.

Wakil tunggal Malaysia itu kini tinggal dua lagi perlawanan menentang Central Coast Mariners dan Pohang Steelers untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati.

Ad

JDT kini menghuni tangga keenam kumpulan dengan 8 mata dan perlu untuk mengekalkaj tempat dalam kelompok 8 terbaik untuk ke pusingan kalah mati.

Ad

Ujian terdekat JDT adalah menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari di gelanggang lawan sebelum Pohang Steelers menjadi lawan terakhir.

Ad

Momentum cemerlang di samping penambahan pemain berkualiti tinggi bakal memberi impak positif kepada JDT yang kini menghuni tangga ke-8 Asia.