Dunia
Terengganu FC
Advertisements

 Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) dijangka akan diadakan secara maya pada hujung tahun ini dengan 16 kategori dipertandingkan.

16 kategori itu merangkumi Penjaring Terbanyak Liga Super, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Penjaring Terbanyak Liga Premier, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier, Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik.

Selain itu, turut dipertandingkan ialah Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pasukan Terbaik, Anugerah Fair Play, Fan XI, Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 dan Pemain Paling Bernilai (MVP) yang menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air.

Advertisements

Baru-baru ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkongsi calon-calon bagi Anugerah Jurulatih Terbaik. Antara calon-calonnya ialah Nafuzi Zain (Terengganu FC), Hector Bidoglio (JDT), Bojan Hodak (KL City) dan Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC).

Dalam ruangan komen pada muat naik di laman Facebook MFL itu, rata-rata peminat bola sepak tanah air memilih Nafuzi Zain sebagai jurulatih yang harus memenangi gelaran Jurulatih Terbaik 2022. Lebih menarik lagi, beberapa penyokong JDT juga turut menyokong Nafuzi untuk memenangi gelaran tersebut.

Advertisements
Nafuzi JDT Penyokong JDT Pilih Nafuzi Menang
Rata-rata penyokong JDT memilih Nafuzi.

Selain nama Nafuzi, dua calon hangat yang disebut para penyokong adalah Bojan Hodak yang mencipta sejarah buat KL City layak ke final Piala AFC dan juga Datuk Ong Kim Swee yang berjaya membawa Sabah FC menduduki tangga ketiga Liga Super musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram