Penyokong Jepun Cari Safawi Rasid Di Thailand
Asia
MakanBola
Ratchaburi & SNE Sports
Advertisements

Pemain sayap pasukan Ratchaburi FC, Safawi Rasid dicari oleh segelintir penyokong Jepun yang hadir bagi menyaksikan perlawanan malam ini.

Pemain berusia 26 tahun itu dipinjamkan dari kelab asalnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menjadi watak penting buat pasukan bimbingan Xavi Moro pada musim ini.

Advertisements

Namun begitu, aksi separuh akhir Thai League Cup yang melibatkan pertembungan antara Ratchaburi menentang BG Pathum berlangsung di tempat lawan namun kekal menerima sokongan padu daripada penyokong The Dragons.

Perkara yang menarik perhatian apabila kelihatan seorang penyokong JDT yang berpangkalan di Jepun hadir memberikan sokongan di stadium PAT.

Advertisements

Beliau kelihatan memegang sepanduk dan menyatakan sokongan kepada duo sensasi JDT, Safawi Rasid dan juga Moussa Sidibe.

Ini juga membuktikan bahawa pasukan Harimau Selatan semakin dikenali di seluruh pelusuk Asia sehingga mampu menarik negara lain untuk memberikan sokongan.

Pada musim ini, anak jati kelahiran Terengganu itu sudah pun beraksi dalam 11 perlawanan dan menjaringkan satu gol setakat ini.

Advertisements

News Comments Account