Penyokong Kedah Sangkakan Liridon Krasniqi
Hiburan
KDA FC
Advertisements

Beberapa penyokong pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terkejut melihat kelibat pemain pasukan mereka yang mirip bekas pemain Kedah yang juga pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi.

Pemain yang dimaksudkan ialah penyerang dari Serbia, Milos Gradic. Milos telah diturunkan pada aksi persahabatan bagi Piala Prestasi Agarbomb menentang Terengganu FC semalam.

Melalui tinjauan di ruangan komen media sosial Facebook rasmi kelab berkenaan, rata-rata penyokong melihat susuk tubuh dan wajah penyerang berbisa mereka itu seakan-akan seperti Liridon.

Advertisements

“Ingat ka Mat Don (Liridon) sebab bauk dan tinggi dia sama macam Mat Don,” coret seorang penyokong Kedah.

Rata-rata penyokong yang menonton perlawanan malam tadi melihat Milos bukanlah seperti penyerang tulen dan ada yang menganggap pemain berusia 31 tahun itu banyak memainkan peranan di bahagian tengah menyerang.

Kehadiran Milos Gordic ke Kedah sebelum ini dipertikaikan oleh sebilangan kecil penyokong Kedah yang melihat rekod jaringan pemain tersebut agak kurang meyakinkan.

Advertisements

Untuk rekod, sebelum hadir ke bumi Darul Aman, Gordic telah beraksi dalam 131 penampilan sepanjang karier profesional beliau dan menjaringkan 31 gol secara keseluruhan.

Dengan saingan Liga Super yang masih berbaki kurang sebulan sahaja lagi, Milos sudah pasti mahu memberikan yang terbaik buat penyokong setia Hijau Kuning.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram