Penyokong Manchester United Bergaduh Sesama Sendiri

United Fight Penyokong Manchester United Bergaduh Sesama Sendiri
Dailymail.UK

Persembahan kurang memberangsangkan geegasi bola sepak Inggeris (EPL), Manchester United bertambah parah apabila para penyokong kelab bertelagah sesama sendiri.

Seperti yang sedia maklum, United di bawah kendalian jurulatih baharu, Erik Ten Hag tewas pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Brighton baru-baru ini.

Keputusan ini jelas memberi kesan terhadap emosi para penyokong yang berada di suatu bahagian tempat duduk penyokong yang semakin hilang arah.

Dailymail.UK

Berdasarkan rakaman dan juga gambar yang dimuat naik ke media sosial, terdapat satu pergaduhan yang tercetus apabila kelihatan seorang penyokong sedang memegang leher seorang penyokong yang lain.

Situasi tegang ini cuba dileraikan oleh sebilangan penyokong di bawah dengan cubaan untuk menenangkan kedua-dua pihak bagi mengurangkan tekanan.

Hal ini jelas menyebabkan keadaan para penyokong menjadi kurang harmoni selain mereka perlu melayan kunjungan Brenford hujung minggu ini.