Penyokong Perak Boleh Masuk Stadium Percuma Dengan Bersyarat
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Pada masa mendatang, berkemungkinan besar penyokong Perak FC dibenarkan masuk ke stadium dengan percuma tanpa sebarang bayaran. Namun begitu, satu syarat khas perlu dipenuhi.

Ketua Pegawai Operasi Interim (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkata, kemasukan percuma itu mampu dilakukan jika lebih ramai pelanggan melanggan talian XOX.

Jika 500 ribu penyokong yang melanggan pelan TBG50, maka kemasukan secara percuma untuk menyaksikan perlawanan pasukan Perak boleh direalisasikan.

Advertisements

“500 ribu pelanggan TBG50, saya bagi masuk stadium percuma. Tak payah bayar. Berebut-rebutlah masuk stadium nanti,” jelas Bobie dalam satu siaran langsung di Facebook TBG Super Fan.

Secara matematik, jika 500 ribu pelanggan yang melanggan TBG50, XOX bakal menerima bayaran dari langganan tersebut dianggarkan RM25 juta untuk sebulan sahaja.

Advertisements

Tidak mustahil untuk XOX mendapat jumlah tersebut memandangkan penduduk di negeri Perak kini melebihi 2.5 juta. Jika ianya berjaya, sudah pasti lebih banyak yang mampu dilakukan oleh pasukan Perak dalam memperkuatkan pasukan pada masa akan datang.

Perak kini menduduki tangga terbawah Liga Super apabila tewas dua perlawanan awal kepada Terengganu FC dan PDRM FC.

Advertisements

Untuk aksi seterusnya, Perak bakal bertandang ke Stadium Darul Aman bagi aksi ketiga liga bertemu Kedah Darul Aman FC pada 24 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram