Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Selepas memulakan kempen Liga Super dengan aksi yang kurang memberangsangkan, kini Terengganu FC semakin mendapat rentak lebih-lebih lagi selepas berjaya menewaskan pasukan Kelantan FC dengan keputusan 5-0 tempoh hari.

Posisi serangan pernah menjadi satu masalah yang besar buat pasukan ‘Sang Penyu’ apabila dalam tiga perlawanan pertama, tiada gol yang mampu dijaringkan. Dalam aksi keempat Liga Super menentang PDRM FC, mereka menang namun gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain pertahanan, Sardor Kulmatov.

Melihat kepada ketumpulan barisan penyerang yang diketuai Ivan Mamut dari Croatia, pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner membawa masuk Jordan Mintah untuk digandingkan bersama penyersang kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn.

Advertisements

Keputusan Tomislav membawa masuk Mintah ke pasukan utama jelas menjadi kunci ketajaman barisan serangan Terengganu. Bermula dengan aksi kelima Liga Super, Adisak membuka akaun jaringannya bersama Terengganu walaupun tewas kepada Negeri Sembilan 1-2.

Terengganu kembali bangkit pada aksi keenam mereka selepas menewaskan Kelantan United 2-1 dan Jordan Mintah pula mempamerkan ketajaman dengan satu gol sebelum mereka mengganas menewaskan Kelantan 5-0.

Dalam perlawanan tersebut, Tomislav menggandingkan trio serangan iaitu Ivan Mamut, Jordan Mintah dan Adisak Kraisorn. Jelas strategi itu berhasil apabila Mamut meledak 2 gol, dan satu gol masing-masing dijaringkan oleh Adisak, Mintah dan Hakimi Abdullah.

Advertisements
Screenshot 2023 04 08 142748 1 Penyokong Terengganu Berharap Trio MMA Dikekalkan
Penyokong Terengganu berharap trio MMA dikekalkan bagi aksi seterusnya.

Dengan kemenangan besar tersebut, rata-rata penyokong berpuas hati dengan keputusan dan corak permainan yang ditampilkan pasukan Terengganu. Mereka juga dalam masa yang sama berharap gandingan trio MMA (Mamut, Mintah, Adisak) akan terus dikekalkan dalam perlawanan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram