“Bila kamu akan datang ke sini (Valencia)?”, jelas salah seorang pengguna Twitter dan juga penyokong Valencia CF.
Cuando vienes?
— Jorge.VCF (@Cheyopa) March 2, 2021
Kerosakan yang berlaku di salah satu kelab ternama di Sepanyol, Valencia CF bukanlah rahsia dan sedikit, ianya merupakan kerosakan yang bermula sejak pembinaan stadium baru Valencia, Nou Mestalla yang mula dibina pada tahun 2007 dan terbengkalai sejak tahun 2009.
Welcome to Valencia
— Raven como te pones! 💯🦇🏆 (@rubenraven) March 2, 2021Read also:
Hutang yang semakin bertambah saban tahun dan pemilikan kelab oleh Peter Lim, salah seorang ahli perniagaan dari Singapura menambah kebencian dan kekusutan penyokong Valencia sejak sekian lama.
Johor Prensi Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim'in sahibi olduğu @OfficialJohor futbol kulübü, prensin Valencia'ya ilgisiyle ilgili Marca'nın yaptığı haberi resmi sayfasından aktardı https://t.co/1SjZmAyEwf
— ValencianistaTR (@ValencianistaTR) March 2, 2021
Rata-rata penyokong Valencia menganggap wang ringgit sahaja tidak mencukupi namun mereka inginkan seorang pemilik yang memahami bahawa penyokong adalah nadi kejayaan sesebuah kelab dan mereka mengganggap Peter Lim sebagai seorang yang tidak memahami kehendak penyokong.
Setelah TMJ memuat naik hantaran Instagram dengan bayangan untuk membeli kelab berkenaan, ianya mula tersebar di Sepanyol dan media-media di Sepanyol menyertakan kejayaan-kejayaan yang berjaya dicapai JDT di bawah kepimpinan TMJ.
El príncipe de Johor, amigo de Peter Lim, abre la 'puja al alza' por el Valencia: 408 millones de euros https://t.co/SW7oCexSW7
— MARCA (@marca) March 1, 2021
Menurut penterjemah, agak sukar untuk rakyat Malaysia memahami apa yang berlaku di sana berikutan perbezaan bahasa namun rata-rata penyokong Valencia mula meletakkan harapan terhadap TMJ untuk mengambil alih kelab berkenaan yang sedang mengalami zaman kejatuhan yang teruk.
El príncipe de Johor ya habla abiertamente de su llegada al Valencia: "No cambiaré el escudo o la tradición del club" https://t.co/ZkoBrS0Hfw vía @marca
— Diego Pico (@D_pico_) March 2, 2021
“Saya tidak kenal siapa lelaki ini namun jika ianya benar, saya gembira dengan berita ini.” Jelas salah seorang penyokong di Twitter.
Apabila berita ini tersebar di Sepanyol dan media Asia lainnya, terdapat juga penyokong dari kelab lain yang inginkan TMJ menerajui kelab mereka setelah melihat kejayaan-kejayaan JDT.
🚨BREAKING: Pemilik klub Malaysia JDT, sekaligus pangeran Johor HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dikabarkan akan membeli saham kepemilikan Valencia dalam waktu dekat! 😨🇲🇾🇪🇸
— Extra Time Indonesia (@idextratime) March 2, 2021
(Sumber: MARCA) pic.twitter.com/q5C1a3Jnut
“Sekiranya kamu menghormati kami dan kelab, kamu akan memperoleh sokongan penuh dari saya”, jelas salah seorang pengguna Twitter @JuanFBI
Yo si nos respetas, respetas al club, etc…te dare mi voto de confianza, pero el movimiento se demuestra andando…
— Naranja ácida 🐶 (@JuanFBI) March 2, 2021
Amunt
“Tidak seperti Lim dan syarikatnya, beliau (TMJ) telah melakukan sesuatu dengan kelab bola sepak, dan sebenarnya beliau tidak melakukannya dengan buruk sekalipun. Jika beliau membawa idea yang sama (dari JDT), saya akan berpuas hati,” jelas penyokong Valencia di Twitter @djzalo
Las cosas como son, a diferencia de Lim y compañía, ya ha estado haciendo cosas con un club de fútbol, y la verdad es que no le ha ido nada mal. No quiero decir que vaya a ser la hostia pero si viene con la misma idea, yo con que acabe el campo me conformo (no es moco de pavo)
— Gonparr 💯🦇🏆 (@djzalo) March 2, 2021
“Tolong jadikan Valencia HEBAT sekali lagi”
Make Valencia Great Again
— Pepo (@pepo_aleixandre) March 2, 2021
Selain itu penyokong Valencia juga memberikan langkah-langkah buat TMJ membangunkan semula Valencia.
1st Step: Clean the shit (@anilmurthy1903)
— Vorisme CF (@Vorisme_) March 2, 2021
2nd Step: Clean the trash (Peter Lim)
3th Step: Write your history🦇
Kejayaan yang di bawa TMJ terhadap JDT kini mula dikenali dunia dan perkara ini bakal menguntungkan JDT dan Malaysia secara tidak langsung.
Kemas kini: Presiden Valencia nafi khabar angin penjualan kelab kepada TMJ