Maaf, Valencia CF Tidak Akan Dijual
Dunia
Advertisements

Presiden Valencia CF, Anil Murthy menolak khabar angin bahawa Peter Lim akan menjual kelab berkenaan kepada Tuanku Mahkota Johor (TMJ).

Dalam laporan sebelum ini melaporkan TMJ telahpun memperoleh persetujuan kelab untuk proses pengambil alihan saham namun Presiden Valencia menolak khabar angin ini.

Murthy menolak khabar angin ini dan mendakwa beliau telah bercakap dengan pemilik kelab, Peter Lim dan beliau tidak berhasrat untuk menjualnya.

Advertisements

“Kelab ini bukan untuk dijual”, jelas Murthy seperti yang dilaporkan Cadena Cope.

“Rakan saya memberi tahu berkenaan Instagram Raja Johor, saya bercakap dengan Peter dan tiada sebarang tanda kelab akan dijual.”

Pada Ogos 2020, penyokong Valencia mengadakan protes untuk Peter Lim meninggalkan kelab.

Advertisements

Menurut laporan yang dikeluarkan Football Espana, situasi kewangan Valencia adalah tidak menentu dan bermakna kelab perlu membuat pemotongan dari bajed gaji sebanyak 40% untuk musim ini.

Musim lepas, anak perempuan Peter Lim, Kim membuat hantaran di akaun Instagramnya (kini telah dipadam):

“Sekali lagi. Sesetengah penyokong Valencia CF menjerit dan menggangu keluarga saya dan diri saya. Adakah mereka tidak faham? Kelab ini milik kami dan kami boleh buat apa sahaja yang kami mahu dan tiada siapa boleh berkata apa-apa.”

Advertisements

Valencia kini berada dikedudukan ke-14 La Liga dengan hanya 27 mata daripada 25 perlawanan dan diambang penyingkiran ke liga devisyen ke dua La Liga.

Sebelum ini kecoh di media Sepanyol apabila TMJ dikhabarkan berminat untuk membeli pegangan saham Valencia sekaligus menarik perhatian penyokong Valencia yang sudah lama memendam perasaan marah terhadap kepimpinan Peter Lim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram