Impian untuk melihat aksi tiga bintang bola sepak dunia dalam satu pasukan akhirnya berjaya direalisasikan oleh syarikat minuman terkemuka dunia, Pepsi.
Mereka telah mengadakan usaha untuk membentuk satu gandingan mantap antara dua pemain bola sepak sensasi dunia ketika ini iaitu Lionel Messi dan juga Paul Pogba.
Malah, dalam sebuah filem yang dihasilkan ini, ia turut diserikan lagi dengan kemunculan istimewa lagenda bola sepak dunia, Ronaldinho.
Usaha luar biasa daripada Pepsi ini bertujuan untuk membawa elemen penyatuan antara dunia budaya dan hiburan bola sepak.
Kempen yang diadakan dengan slogan antarabangsa baharunya ‘Thirsty For More’ sudah tentu bakal menyajikan seribu satu kelainan.
Filem yang berjudul Nutmeg Royale ini bakal dilancarkan tidak lama lagi bagi menyerikan industri filem dunia dan juga bola sepak.