Perak FC Ke Alor Setar Dengan Skuad Tempang
Liga Super
Perak Football Club
Advertisements

Dugaan demi dugaan dihadapi pengendali sementara Perak FC, Yusri Che Lah. Selepas tumpas 0-3 kepada Terengganu FC di laman sendiri, kini Yusri dikatakan membawa skuad yang tempang dalam menghadapi cabaran pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi Liga Super di Stadium Darulaman malam ini.

Berita tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Difahamkan Perak FC hanya membawa seorang sahaja pemain import bagi aksi ‘Derbi Utara’ itu. Pemain import tersebut adalah pemain tengah bertahan dari Nigeria, Sunday Afolabi.

“Perak FC sebenarnya hadir ke Darulaman dalam keadaan tempang. Perak baru tiba di Alor Setar petang ini (semalam) dengan hanya seorang pemain import sahaja iaitu Sunday Afolabi. Ini bermakna Yusri Che Lah akan memerah segala perancangan yang ada untuk pasukannya melakukan yang terbaik dan memberi cabaran,” jelas Fadhirul kepada Astro Arena.

Advertisements

Walaupun dilihat sukar, namun Yusri sudah tentu mempunyai perancangan taktikal berbeza bagi menghadapi serangan bertali arus yang dijangka akan dilancarkan barisan serangan KDA FC.

Manakala bagi KDA FC, mereka dijangka akan terus memberi kepercayaan kepada penyerang Brazil, Willian Lira bagi mengetuai bahagian serangan skuad ‘Sang Kenari’ memandangkan Lira kini sudah pun meledak tujuh gol dalam saingan Liga Super musim ini.

KDA FC kini berada di tangga ke-4 Liga Super dengan mengumpul 25 mata manakala Perak FC pula berada di tangga ke-11 liga dengan hanya mengumpul 9 mata setakat ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram