Ads
Perak Hilang 2 Import Sebelum Liga Bermula
Liga Super
Perak FC

Perak FC terpaksa melupakan khidmat dua tonggak import mereka pada aksi persahabatan pra-musim berikutnya menentang Penang FC yang dijadualkan 4 Mei depan.

Advertisements

Dalam satu sesi siaran langsung di Facebook, TBG Super Fan, CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin mengesahkan dua tonggak import yang mengalami kecederaan ialah Sunday Afolabi dan pemain pertahanan, Jesper Nyholm.

Advertisements

Bobie menyifatkan kecederaan yang dialami oleh Jesper agak kronik dan memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih.

Advertisements
Advertisements

Penyerang baharu Perak, Clayton pula dijangka akan beraksi buat pertama kali menentang Penang selepas pemain dari Brazil itu baru sahaja tiba dan memerlukan rehat.

Untuk rekod, Perak sudah menjalani tiga aksi persahabatan menentang pasukan Liga Super iaitu menentang Penang pada 5 April, menentang Selangor FC pada 20 April dan terkini menentang Kedah Darul Aman FC pada 27 April.

Advertisements

Daripada tiga aksi persahabatan yang dilalui setakat ini, Perak telah mencatatkan satu kemenangan (menentang Kedah), satu keputusan seri (menentang Penang) dan satu kekalahan ketik berdepan Selangor.

Advertisements

Perak bakal membuka tirai saingan Liga Super 2024/2025 menentang Terengganu FC pada 11 Mei yang mana menyaksikan Perak bakal menjadi pasukan pelawat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram