Perak Kekalkan Yusri Che Lah
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Prestasi cemerlang Perak FC di bawah Yusri Che Lah mendorong pengurusan pasukan itu untuk mengekalkan khidmatnya untuk musim hadapan.

Menerusi satu perkongsian di laman media sosial rasmi mereka, pengurusan The Bos Gaurus bukan saja memperbaharui kontrak Yusri.

Malah, mereka turut memperbaharui kontrak ketua jurulatih skuad B-23 dan B-20 Perak, Chan Wing Hoong dan Shahrulnizam Mustapha.

Advertisements

Sejak dilantik sebagai jurulatih interim menggantikan Datuk Lim Teong Kim pada penghujung Mei lalu, Yusri bukan saja menstabilkan kembali prestasi pasukan.

Malah, beliau juga turut mengemudi The Bos Gaurus ke separuh akhir Piala Malaysia baru-baru ini. Ini dilihat pencapaian terbaik Perak sejak menjuarai piala berprestij itu pada 2018.

Di media sosial, ramai gembira dengan tindakan pengurusan skuad Seladang mengekalkan beliau sebagai jurulatih pada masa hadapan.

Advertisements

Justeru, ramai berharap sentuhan Yusri dapat mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negeri itu yang dirindui penyokong sejak sekian lama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram