Yusri Che Lah Ganti Lim Teong Kim Kemudi Perak
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Selepas melihat pasukan terus terumbang-ambing dalam saingan Liga Super musim ini, pengurusan Perak memutuskan untuk merehatkan pengendali mereka, Datuk Lim Teong Kim. Bagi ramai penyokong Seladang, perkara ini sudah dijangka akan berlaku.

Susulan itu, pengendali Perak II, Yusri Che Lah dilantik sebagai jurulatih sementara buat masa ini. Pengumuman ini dibuat The Bos Gaurus menerusi laman media sosial mereka hari ini.

“Perak FC mengumumkan Datuk Lim Teong Kim tidak lagi bersama skuad Liga Super berkuatkuasa serta-merta. Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai jurulatih sementara untuk masa terdekat.

Advertisements

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lim di atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik untuk karier beliau pada masa hadapan,” kata pihak pengurusan dalam kenyataan hari ini.

Ini menjadikan Teong Kim jurulatih ketiga yang direhatkan dalam Liga Super musim ini selepas Choi Moon-sik (Kelantan) dan Tomas Trucha (Kelantan United). Prestasi buruk Seladang dalam liga termasuk beberapa kekalahan besar dikatakan menyumbang kepada tindakan tersebut.

Perak hanya merekodkan dua kemenangan, tiga seri dan tujuh kekalahan dalam Liga Super musim ini. Kini, Yusri perlu berusaha memulihkan kembali prestasi pasukan bermula dengan perlawanan liga menentang Terengganu pada 3 Jun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram