Ads
Perak Terpaksa Sisihkan Lee Tae-min
Liga Super
Perak FC

Selepas kehilangan khidmat Luciano Guaycochea, Perak FC terpaksa melupakan khidmat seorang lagi pemain import menjelang aksi menentang Kuching City FC.

Advertisements

Guaycochea terpaksa melupakan aksi menentang The Cats selepas dibuang padang dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 26 Julai lalu.

Advertisements

Ini mengakibatkan pemain tengah berusia 32 tahun itu perlu menjalani penggantungan – satu perkara yang memeningkan jurulatih Perak, Yusri Che Lah.

Advertisements
Advertisements

Dan terbaru, Perak terpaksa melupakan khidmat bekas pemain sayap Busan I-Park, Lee Tae-min untuk aksi terbaru liga di Stadium Perak.

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan pemain sayap Korea Selatan itu mengalami kecederaan buku lali semasa menjalani sesi latihan pada Isnin lalu.

Advertisements

“Selain ketiadaan Luciano Guaycochea untuk aksi bertemu Kuching City malam ini, difahamkan Yusri Che Lah turut terpaksa melupakan khidmat Lee Tae-min yang mengalami kecederaan buku lali ketika sesi latihan pasukan pada Isnin,” katanya di X.

Ini menyebabkan Yusri hanya memiliki Jesper Nyholm, Luiz Fernando Motta, Adilet Kanyebekov, Sunday Afolabi, Clayton dan Luka Milunovic sebagai pilihan tonggak import untuk aksi menentang Kuching City.

Perak berharap dapat merekodkan kemenangan pertama di gelanggang sendiri untuk musim 2024/25. Kali terakhir The Bos Gaurus meraih kemenangan di Ipoh ialah pada 28 Oktober 2023.

Advertisements

Tarikh tersebut menyaksikan Perak merekodkan kemenangan besar 8-0 ke atas pasukan Pantai Timur, Kelantan FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram