Perancang Tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh Kini Milik Selangor
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Selepas memilih melepaskan Herlison Caion beberapa hari lepas, Selangor FC kini diperkuatkan dengan seorang pemain import dari Jordan iaitu Noor Al-Rawabdeh.

Sebelum ini, sudah ada ura-ura bahawa Noor sedang dirisik Selangor bagi menghadapi cabaran Liga Super musim ini. Kini, perpindahannya telah disahkan menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi Selangor FC hari ini.

Noor bukan orang lain bagi bek tengah Merah Kuning, Yazan Al-Arab. Ini kerana kedua-duanya merupakan rakan sepasukan dalam pasukan kebangsaan Jordan.

Advertisements

Dia juga pernah beraksi dalam saingan Piala AFC untuk dua pasukan iaitu Al-Jazeera dan Al-Muharraq. Semasa dengan Al-Muharraqlah, Noor yang digelar “The Engineer” membantu mereka menjulang Piala AFC musim 2021.

Dalam temubual bersama media rasmi Selangor FC, pengendali Merah Kuning Tan Cheng Hoe melihat kehadiran pemain tengah Jordan itu akan memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan.

“Kita tahu dalam sebuah pasukan, bahagian tengah sangat penting bagi menggerakkan pasukan, jadi saya yakin beliau ada kualiti untuk beraksi dengan baik bersama pasukan. Saya berharap beliau akan menghasilkan bahagian tengah pasukan yang kuat bersama rakan pasukan yang lain.

Advertisements

“Kita juga tahu Noor dan Yazan merupakan rakan sepasukan bersama pasukan Jordan. Saya yakin dengan kombinasi dua pemain ini, mereka mampu membuat pergerakan yang baik dari pertahanan ke bahagian tengah pasukan,” katanya.

“Saya dengar perkara baik mengenai pasukan Selangor FC, oleh itu saya pilih untuk berada di sini. Saya juga teruja untuk berjumpa dengan para penyokong Gergasi Merah tidak lama lagi. Saya berharap penyokong akan bangga dengan pasukan musim ini,” kata Noor dalam temubual yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram