Advertising
Perbandingan Terkini Nilai Pasaran Arif Aiman & Safawi Rasid
MakanBola
JST/Terengganu FC

Perbandingan nilai pasaran dua tonggak penting negara, Arif Aiman dan Safawi Rasid mencuri perhatian peminat.

Kedua-dua pemain ini sedang menjadi watak penting pasukan masing-masing terutamanya dalam kancah Liga Super musim 2024/25.

Ad

Arif Aiman yang baru sahaja pulih daripada kecederaan kini menjadi watak penting buat Harimau Selatan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan.

Ad

JDT juga kini beraksi di separuh akhir Piala FA 2024 menentang Kedah di Darul Aman pada 19 Julai 2024.

Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (MVP) itu memiliki nilai pasaran sekitar 550,000 Euro (RM2.81 Juta) ketika ini.

Ad

Safawi Rasid pula kini menjadi kapten di Terengganu dan turut membantu pasukan melangkah ke separuh akhir Piala FA.

Ad

Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan satu gol dan memberikan kemenangan dengan agregat 8-0 menentang Sabah FC.

Ad

Pemain pinjaman JDT ini dinilai pada tanda harga 200,000 Euro (RM1.1 Juta) namun mencatatkan penurunan berbanding nilai terdahulu.

Kedua-dua pemain ini dalam misi untuk membawa pasukan beraksi pada pentas final sekaligus mengulangi aksi Piala Malaysia 2023.