Ads
Perbezaan Besar Nilai Pasaran Arif Aiman & Luqman Hakim
Harimau Malaya
AzriMB / FA Malaysia

Perbezaan besar telah ditunjukkan bagi nilai pasaran dua pemain muda negara, Arif Aiman Hanapi dan juga Luqman Hakim.

Advertisements

Kedua-dua pemain ini berada dalam fasa penting karier untuk terus mengukuhkan langkah dalam perjalanan masing-masing.

Advertisements

Arif yang kini beraksi buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan pemenang hatrik Anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (MVP).

Advertisements
Advertisements

Perbezaan nilai ketara ditunjukkan oleh dua pemain ini dengan Arif Aiman mencatatkan setinggi 550,000 Euro (RM2.8 Juta) berdasarkan kemas kini terbaru oleh laman Transfermarkt.

Pemain kelahiran Pahang ini juga memegang status selaku tonggak tempatan termahal dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Advertisements

Situasi berbeza dihadapi oleh Luqman Hakim yang kini berkelana di Jepun bersama Yokohama SCC dalam saingan Divisyen 3.

Nilai pasaran Luqman Hakim kini mencecah 50,000 Euro (RM255,500) berdadarkan kemas kini semasa.

Pemain berusia 22 tahun itu berdepan kesukaran untuk mendapat tempat di Jepun apabila hanya beraksi sebanyak tiga kali di sana.

Beliau juga masih belum membuat sebarang penampilan sejak kembali ke kelab selepas membantu Malaysia B-23 pada aksi Piala Asia di Qatar April lalu.

Advertisements

Luqman mahu terus berjuang di luar negara untuk menimba pengalaman selepas beberapa musim di Eropah seperti Belgium dan juga Iceland.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram