Advertisement
Perbezaan Kombinasi Bergson & Obregon Bersama Arif Aiman Terserlah
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perbezaan kombinasi permainan yang ditampilkan antara Obregon dan Arif Aiman berbeza dengan apa yang boleh ditawarkan oleh Bergson Da Silva.

Perkara ini dizahirkan oleh bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha yang melihat terdapat perbezaan kombinasi yang dihasilkan oleh gandingan tiga pemain ini.

Menurut Zaquan, aksi babak pertama JDT tidak berlangsung dengan begitu baik terutamnya pada bahagian serangan susulan kombinasi kurang sempurna antara Arif dan Obregon.

“Saya rasa inilah masanya (babak kedua) beliau dimasukkan. Ada beberapa situasi pada babak pertama ketika Obregon tidak dapat memberikan kombinasi yang baik bersama Arif Aiman.

“Situasi ini berlainan dengan Bergson kerana kombinasi beliau dengan Arif Aiman sebelum ini sangat positif. Itu yang sama tidak nampak (kombinasi) pada separuh masa antara Arif dan Obregon,” katanya kepada Astro Arena.

Zaquan merasakan bahawa peranan Obregon adalah lebih untuk mengawal bola namun corak bertahan Shandong Taishan memerlukan individu untuk memecahkan blok tersebut.

Safee Sali menambah bahawa beliau melihat bahawa Juan Muniz antara pemain yang boleh dikeluarkan pada babak kedua bagi memberi ruang kepada Bergson.

“Kita boleh lihat pada babak pertama aksi Juan Muniz tidak berlangsung seperti biasa. Terdapat beberapa hantarannya yang tidak kemas, mungkin dengan kemasukan Bergson boleh membantu Obregon bagi membentuk kombinasi,” tambahnya.

JDT terpaksa akur apabila tunduk dengan keputusan 1-0 di tempat lawan dan kini turun ke tangga kelima kumpulan.