Jurang perbezaan kedudukan terkini Malaysia dan Filipina bukan ukuran.
Dua pasukan ini berpotensi bertemu sesama sendiri apabila bakal beraksi di Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Harimau Malaya bakal menghadapi tentangan tiga lagi pasukan hebat di Asia iaitu juara bertahan, Tajikistan selain dua lagi lawan iaitu Lubnan dan juga Filipina menanti.
Perbezaan kedudukan skuad kebangsaan dan Filipina memberi nafas lega tatkala lawan tidak berada pada prestasi terbaik.
Berdasarkan kemas kini ranking FIFA, Malaysia kini menghuni tangga ke-135 dunia dengan 1107 mata, naik tiga tangga hasil kemenangan pada aksi terakhir di Kelayakan Piala Dunia 2026.
Filipina pula terus dihimpit nasib kurang baik apabila mengalami kejatuhan mendadak ranking FIFA dan kini berada pada tangga ke-147 dunia dengan 1053 mata.
Empat pasukan ini akan diundi bagi menentukan lawan masing-masing pada perlawanan pertama iaitu Separuh Akhir 1 dan 2, disusuli perlawanan kedua iaitu Final yang menemukan pemenang Separuh Akhir 1 dan 2 serta Penentuan Tempat Ketiga antara dua pasukan yang kalah pada Separuh Akhir 1 dan 2.
Pada Edisi Ke-42 tahun lalu, Harimau Malaya yang berjaya menewaskan India 4-2 pada aksi separuh akhir 13 Oktober 2023 sekadar muncul naib juara selepas tewas 2-0 kepada Tajikistan pada Final yang berlangsung pada 17 Oktober 2023.
Majlis undian Pestabola Merdeka 2024 akan dimaklumkan kemudian bagi menentukan pasukan yang bakal bertembung pada Separuh Akhir.
FAM meletakkan harapan kepada para penyokong Harimau Malaya agar sama-sama memeriahkan lagi pertandingan Pestabola Merdeka 2024 dengan hadir ke Stadium Nasional memandangkan Edisi Ke-43.