Perbezaan Terkini ‘Saham’ Arif Aiman & Luqman Hakim
Asia
YSCC
Advertisements

Tatkala nilai pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi semakin bertambah di pasaran, berbeza pula dengan kisah penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Luqman ketika ini beraksi untuk kelab J3 League, Yokohama Sports & Culture Club (YSCC) secara pinjaman semusim dari kelab Belgium, KV Kortrijk.

Beliau juga turut membantu skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung pada April ini.

Advertisements

Mengikut data terkini Transfermarkt, nilai Luqman di pasaran ketika ini ialah €50,000 (RM258,000). Ini sama sekali berbeza dengan nilai Arif yang kini mencecah €500,000 (RM2.8 juta).

Nilai Luqman dilihat lebih rendah berbanding beberapa pemain yang beraksi dalam Liga Super musim lepas.

Tiga pemain tempatan iaitu T. Saravanan, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau dan V. Ruventhiran masing-masing memiliki nilai sama iaitu €175,000 (RM905,000).

Advertisements

Ketiga-tiga pemain ini memiliki nilai lebih tinggi di pasaran berbanding Luqman walaupun beraksi di liga tempatan.

Situasi ini berlaku kerana Luqman tidak mendapat peluang beraksi dengan kerap baik bersama Kortrijk mahupun kelab pinjaman pertamanya dari Iceland, Njardvik.

Ini dibuktikan menerusi statistik yang dikumpul oleh Transfermarkt. Luqman hanya membuat 15 penampilan untuk Kortrijk dan Njardvik serta hanya menyumbat dua gol.

Advertisements

Atas sebab itu, ramai peminat bola sepak negara berharap perpindahan ke YSCC ini mampu mengembalikan prestasinya sebagai peledak berbisa di atas padang.

Tidak mustahil sekiranya perkara ini dapat direalisasikan, nilai Luqman boleh saja kembali meningkat di pasaran perpindahan.

Nilai tertinggi beliau dalam pasaran perpindahan sebelum ini ialah €150,000 (RM776,000) dan ini direkodkan pada Oktober 2020.

Advertisements

Luqman dijangka membuat penampilan pertama bersama YSCC untuk aksi pertama J3 League menentang Kataller Toyama pada jam 1.00 petang ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram