Advertising
Perjalanan Gemilang Seluruh Lapisan Skuad JDT Musim 2023
MakanBola
Johor Southern Tigers

Seluruh lapisan pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengharumkan nama negeri Johor dengan layak ke final kejohanan berstatus piala untuk tahun 2023.

Pencapaian membanggakan ini dikongsikan oleh pemerhati bola sepak Johor, Juan Budiman di akaun X beberapa jam lepas.

Skuad utama Harimau Selatan sudah menunjukkan keinginan untuk mengulangi kejayaan menjulang empat piala pada tahun lepas.

Ad

Selepas berjaya meraih Piala FA 2023 dengan menewaskan KL City FC, kini JDT berharap dapat mengungguli final keempat mereka menerusi final Piala Malaysia 2023.

Ad

Skuad Piala MFL JDT II yang dibimbing Mariano Echevarria berjaya layak ke final kejohanan itu baru-baru ini. Bagaimanapun, mereka dikecewakan oleh juara Piala MFL, Terengganu FC II.

Ad
Ad

Saingan Piala Belia turut menyaksikan kekecewaan sama dikongsi JDT IV apabila tewas kepada Selangor FC di pentas final.

Ad

JDT III berjaya mengelak daripada ditimpa perkara sama dengan menjulang Piala Presiden. Kejayaan ini dicapai dengan mengatasi ubi muda Negeri Sembilan FC.

Di peringkat akar umbi, skuad B-12 JDT menggondol Piala Garuda, sebuah kejohanan peringkat akar umbi di Indonesia.

Sementara skuad B-15 dan B-18 Harimau Selatan pula masing-masing menggondol Piala MSSM 2023 untuk kategori B-15 dan B-18.

Ini jelas menunjukkan kesungguhan DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menerapkan mentaliti kemenangan dalam keseluruhan struktur JDT telah menunjukkan hasilnya.

Biarpun dalam sesetengah kejohanan, JDT pulang dengan tangan kosong, kesungguhan mereka memburu pencapaian piala patut dicontohi ramai pihak.