Perjuangan Sabah Belum Berakhir
UltraSukan
Sabah Futsal
Advertisements

Pasukan futsal Sabah tetap optimis mampu meraih keputusan positif meskipun kecundang kepada Gombak TOT United pada Sabtu lalu dalam aksi kedua MPFL 2024.

Menurut ketua jurulatih Sabah futsal, Patt Sriwijit, beliau yakin keputusan ketika menentang Gombak TOT United yang lalu bukanlah penamat buat anak-anak buahnya dan mahu mereka perbaiki kesilapan yang telah dilakukan pada aksi tempoh hari.

“Kekalahan hari ini bukanlah penamat tetapi ia adalah titik permulaan. Cuba perbetulkan kesilapan yang telah berlaku,” katanya di instagram pasukan futsal Sabah.

Advertisements

Tambahnya lagi, beliau inginkan para pemainnya untuk tidak menoleh ke belakang lagi dan terus memandang ke depan bagi menghadapi cabaran yang akan datang.

“Kami tidak mempunyai mesin masa untuk dapat memutarkan masa. Oleh itu, lakukan yang terbaik pada masa kini. Mari kita mulakan semula dan saya bangga dengan anda semua,” ujar jurulatih kelahiran Thailand itu.

Advertisements

Pada perlawanan lalu, Sabah kecundang kepada Gombak TOT United dengan keputusan 5-7 yang menyaksikan Sabah tidak berjaya meneruskan rentak kemenangan setelah menumpaskan Selangor 3-2 di aksi pertama.

Aksi seterusnya, Sabah akan turun berdepan juara bertahan MPFL, Pahang Rangers di KSN Panasonic, Shah Alam pada 10 Mac 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram