Dunia
Advertisements

Pemain Malaysia pertama yang beraksi secara kompetitif di Eropah, Luqman Hakim Shamsudin berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia yang gembira dengan perkembangan fizikal pemain kelahiran Kota Bharu ini.

Dalam perkembangan terbaru, Luqman beraksi buat kali pertama di bawah kendalian jurulatih baru KV Kortrijk, Luka Elsner dalam satu perlawanan persahabatan menentang K.V. Oostende di Diaz Arena.

Dalam perkembangan terbaru susuk tubuh Luqman kelihatan semakin ‘berisi’ dan otot beliau juga kelihatan semakin sasa bersesuaian dengan statusnya sebagai pemain bola sepak profesional.

Advertisements
Luqman Hakim KV Kortrijk

Luqman sebelum ini mengalami kecederaan semasa sesi latihan kembali pulih dan mendapat peluang beraksi dalam perlawanan persahabatan berkenaan. Walaupun Luqman hanya dimasukkan pada minit ke-73 namun fizikal dan tahap kecerdesaan Luqman nyata menggembirakan rakyat malaysia dan jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Luqman Hakim Dipanggil Sertai Kem Latihan Harimau Malaya

Selain perkembangan positif Luqman di eropah, Luqman juga dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan dan perkara ini disahkan sendiri menerusi laman media sosial kelab berkenaan.

Luqman dijangka bakal bergandingan dengan Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad dibarisan hadapan pasukan negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di UAE.

Advertisements

Luqman kini kerap mengadakan sesi latihan bersama pasukan bawah 23 tahun KV Kortrijk dan berjaya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan melibatkan pasukan remaja.

Sebelum ini Luqman Hakim mencatat satu sejarah buat Malaysia apabila menjadi antara pemain termuda dalam sejarah Liga Pro Belgium yang diberikan peluang beraksi.

Luqman, 18, sebelum ini berjaya menambat hati bekas ketua jurulatih pasukan senior, Yves Vanderhaeghe yang menganggap Luqman sebagai pemain muda yang pantas dan berbakat.

Advertisements

Luqman yang dimasukkan pada minit ke-73 pada perlawanan berkenaan tidak memerlukan masa yang lama untuk membuktikan sesuatu apabila beliau berjaya membantu barisan tengah dan sesekali melakukan gerakan berbahaya dari bahagian kanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram