Perlawanan Queretaro-Atlas Bertukar Gelanggang Pembunuhan
Dunia
MARCA
Advertisements

Bola sepak yang dimainkan di Amerika Utara semenangnya terkenal dengan para penyokongnya yang begitu fanatik dan ’hidup’ dalam bola sepak itu sendiri.

Namun begitu, baru-baru ini tular mengenai satu insiden mengerikan di atas padang ketika pertembungan yang melibatkan pasukan Queretaro menentang Atlas.

Perlawanan ini bermula dengan cukup baik apabila kedua-dua pasukan menunjukkan solidariti kepada insiden yang terjadi kepada Ukraine dengan berikrar akan menyokong keamaan dan keharmonian sejagat.

Advertisements

Sungguhpun perlawananan berlangsung dengan baik, jaringan pendahuluan yang diperoleh Atlas menerusi Julio Furch pada minit ke-60 telah mengubah keadaan dan situasi antara penyokong kedua-dua pasukan ini.

Mereka dilihat sudah mula untuk memulakan tindakan provokasi dan mula untuk mengejek antara satu sama lain ketika para pemain di atas padang juga sudah memulakan bibit-bibit panas.

Keadaan seakan sudah menjadi tidak terkawal kerana pergaduhan yang berlaku melibatkan para pemain di atas padang telah menyebabkan keadaan penyokong menjadi lebih parah.

Advertisements

Ketika ini, mereka sudah pula menyerang penyokong lawan masing-masing sekaligus mengancam keselamatan awam terutamanya kanak-kanak dan juga wanita yang berada dalam stadium.

Para penyokong Queretaro semakin agresif apabila menyerang sesiapa sahaja yang memakai baju atau memegang logo Atlas termasuklah merosakkan segala peralatan yang berada dlam kawasan stadium.

Menurut satu laporan oleh penyokong di sana, terdapat kira-kira 17 nyawa dilaporkan melayang sekaligus merekodkan sejarah terburuk dalam bola sepak di sana.

Advertisements
https://twitter.com/felixthemichael/status/1500271577841037312?s=21
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram