Perlis Perolehi Lesen Bersyarat Ke Liga Super?
Liga Super
Perlis United
Advertisements

Pasukan Perlis United dikatakan semakin hampir untuk dinaikkan pangkat ke Liga Super 2024/2025 dengan menggunakan lesen bersyarat dari Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melalui satu hantaran di laman X beliau sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, Perlis perlu menyelesaikan segala hutang tertunggak yang dialami pasukan itu dan perlu dilunaskan sebelum penghujung bulan Mac ini.

Advertisements

Dua pasukan Liga Super yang sebelum ini dikaitkan untuk turun ke Liga M3 iaitu Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC juga difahamkan akan kekal bersaing di Liga Super.

“Difahamkan Perlis mendapat lesen bersyarat untuk ke Liga Super dengan perlu menyelesaikan hutang tertunggak sebelum penghujung Mac 2024.

Advertisements

“Kedah & KL City juga khabarnya terselamat dari ke Liga M3,” kongsi Fina Nasrom di laman X.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan Perlis beraksi di pentas Liga Super adalah pada tahun 2011 yang mana menyaksikan Singa Utara berada di tangga tercorot sekali gus terjatuh ke saingan Liga Perdana pada musim 2012.

Advertisements

Prestasi pasukan Perlis terus terumbang-ambing dan pada 2014 merupakan kejatuhan yang teruk buat Perlis apabila terjerumus ke Liga FAM selepas berada di tangga ke-11 Liga Perdana.

Jika Perlis kembali beraksi di saingan Liga Super, kerancakan bola sepak di bahagian utara semenanjung Malaysia pasti menjelma dengan empat pasukan dari utara beraksi di Liga Super iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Penang FC, Perak FC dan Perlis United.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram