Advertisement
Pernah Dibedil KL City, Mohun Bagan Mara Ke Piala AFC Sekali Lagi
Asia
MakanBola
AFC

Selepas dikecewakan KL City dalam aksi separuh akhir antara zon Piala AFC 2022, kelab India, Mohun Bagan kembali layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2023-2024. Ini selepas mereka menewaskan kelab Bangladesh, Abahani Dhaka 3-1.

The Mariners bagaimanapun ketinggalan terlebih dahulu menerusi Cornelius Stewart pada minit ke-17. Bekas penyerang Central Coast Mariners, Jason Cummings menyamakan kedudukan menerusi penalti pada minit ke-37.

Bersambung pada babak kedua, pemain pertahanan Iran, Milad Sheikh Soleymani bernasib malang apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-58.

Penyerang Albania, Armando Sadiku memastikan kemenangan Mohun Bagan dua minit selepas itu. Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Berstatus antara pasukan gergasi di India, The Mariners merupakan juara bertahan Liga Super India (ISL) musim lepas selepas menewaskan Bengaluru dalam aksi play-off kejuaraan liga pada Mac lepas.

Selepas dikecewakan The City Boys dalam aksi separuh akhir antara zon Piala AFC musim lepas, Mohon Bagan dijangka mahu menebus kekecewaan itu.

Mereka mengiringi satu lagi kelab India, Odisha yang layak ke peringkat kumpulan Piala AFC. Hari ini, undian Piala AFC 2023/2024 menentukan kumpulan mana yang bakal dihuni oleh The Mariners.