Piala AFC: KL City Cipta Kejutan Ke Final Selepas Tewaskan Mohun Bagan
Dunia
Advertisements

Kelab dari Malaysia, Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke final antara zon Piala AFC selepas menumbangkan kelab India, ATK Mohun Bagan 3-1 dalam aksi separuh akhir sebentar tadi.

Pasukan KL City kendalian Bojan Hodak mengejutkan ramai pihak apabila meletakkan beberapa pemain utama di bangku simpanan seperti Romel Morales, Zhafri Yahya dan Kenny Pallraj.

Peralawanan dimulakan dengan penguasaan bola dipamerkan oleh para pemain Mohun Bagan. Taktikal KL City pula lebih memfokuskan serangan balas.

Advertisements

Peluang keemasan KL City hadir pada minit ke-18 melalui Jordan Mintah namun rembatannya melambung tinggi.

Mohun Bagan terus menguasai perlawanan dengan pada satu ketika, penguasaan bola sebanyak 80% adalah milik mereka berbanding 20% untuk KL City.

Kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Mohun Bagan meneruskan corak permainan positif dengan mengekalkan penguasaan bola.

KL City akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-61 melalui rembatan deras dari luar kotak penalti yang dilepaskan oleh Paulo Josue.

Tersentak dengan gol itu, Mohun Bagan menggandakan asakan untuk mencari gol pemyamaan dan segala usaha mereka berbaloi apabila Fardin berjaya meledak pada minit ke-89 selepas situasi kelam kabut di hadapan gol.

Advertisements

Kegembiraan itu tidak kekal lama apabila Fakrul Aiman berjaya meledak gol pada masa tambahan selepas menanduk sepakan percuma yang diambil Paulo Josue.

Ketika semua pemain Mohun Bagan naik ke atas untuk mencari gol, satu serangan balas dari KL City membolehkan Romel Morales meledak gol kemenangan untuk menjadikan kedudukan 3-1. Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Kemenangan 3-1 ini sudah cukup untuk membawa KL City mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke final antara zon Piala AFC. KL City akan bertemu wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada 5 Oktober hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram