Ads
Eropah

Wartawan sukan, Gerard Romero telah mengejutkan para penyokong Barcelonan selepas ​​mendakwa perpindahan Frenkie de Jong ke Manchester United telah berada di peringkat akhir dan sudah 95% selesai. Barcelona bakal menerima kira-kira 80 juta pound untuk pemain itu.

Advertisements

Romero berkata bahawa penjualan itu terpaksa dibuat disebabkan masalah ekonomi daripada kelab Catalan itu yang dilihat berada dalam masalah kewangan yang teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisements

De Jong telah menyatakan secara terbuka beberapa kali bahawa dia mahu kekal di Barcelona untuk beberapa tahun lagi, dan pengendali Barcelona, Xavi turut mengulangi perkara yang sama berulang kali.

Advertisements

Advertisements

Walaupun begitu, kelab itu percaya bahawa jika De Jong mempamerkan aksi buruknya sama ada pada musim ini ataupun musim depan, pastinya harga pasaran beliau akan jatuh dan ianya pasti merugikan pihak kelab.

Jualan dengan harga yang tinggi perlu dilakukan oleh pihak kelab untuk memudahkan mereka menguruskan kewangan untuk musim depan dan menandatangani pemain lain yang mampu memacu kejayaan buat Barcelona.

Advertisements
Advertisements

Dengan Erik ten Hag kini disahkan sebagai pengurus tetap kelab Manchester United yang seterusnya, rancangan awal telah pun dibuat untuk membaik pulih kelab pada musim panas ini dengan beberapa nama besar dijangka akan dibawa masuk termasuk Frenkie De Jong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram