Perpindahan Ke Indonesia Tertangguh, Sergio Aguero Pilih Kekal Di Malaysia
Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero memilih untuk kekal beraksi di Malaysia sekali gus menepis gosip perpindahan sebelum ini yang mengaitkan beliau ke Liga Indonesia.

Tonggak Sri Pahang itu telah disahkan menandatangani kontrak lanjutan bersama skuad Tok Gajah yang bakal menyaksikan beliau beraksi bersama pasukan itu untuk dua musim lagi.

Perkara itu telah dikongsikan pihak pengurusan Sri Pahang melalui satu hantaran di laman X pasukan. Kepimpinan dan dedikasi yang dimiliki oleh Aguero bakal menjadi aset tambahan buat pasukan itu melayari musim 2024/2025 nanti.

Advertisements

“Kekal Tok Gajah! Pemain tengah Sergio Aguero telah menandatangani lanjutan kontrak selama dua musim untuk terus bersama Sri Pahang FC.

“Komitmen, dedikasi dan kepimpinan Aguero diyakini akan terus menjadi aset berharga buat kelab. Tahniah Aguero. Terus sukses bersama Sri Pahang FC,” umum Sri Pahang melalui platform X.

Sebelum ini, Aguero, 29, telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Persija Jakarta yang beraksi di saingan Liga 1 Indonesia.

Advertisements

Pemain yang mempunyai 10 penampilan antarabangsa bersama Malaysia ini mampu beraksi di pelbagai posisi seperti penyerang, posisi tengah menyerang dan juga mampu beraksi di bahagian tengah.

Untuk rekod, sepanjang musim 2023, Aguero telah beraksi dalam 19 perlawanan bersama Sri Pahang dengan lima jaringan berjaya direkodkan. Selain itu, Aguero juga berjaya mencipta lima bantuan gol buat skuad Tok Gajah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram