Perpindahan Mo Salah Ke Arab Bakal Rosakkan Karier Jota
Asia
Liverpool FC
Advertisements

Al-Ittihad masih lagi tidak berputus asa mendapatkan penyerang Liverpool, Mo Salah. Bagaimanapun, tindakan kelab gergasi Arab Saudi itu bakal jejaskan karier bakal rakan sepasukannya dari Portugal, Jota.

Jota yang baru menyertai The Tigers dari Celtic dengan yuran perpindahan £25 juta (RM146 juta) dilihat sukar menyesuaikan diri dengan suasana pasukan itu. Malah, sebelum ini, sudah timbul laporan yang mendakwa pemain sayap Portugal itu mahu meninggalkan kelab.

Begitupun, satu laporan The Athletic mendedahkan jurulatih Al-Ittihad, Nuno Espirito Santo bersedia mengekalkan Jota dengan syarat Salah dibawa masuk.

Advertisements

Ini kerana dengan kehadiran penyerang Mesir itu, ini membenarkan Nuno mengamalkan formasi kegemarannya dengan pemain sayap sebagai kunci.

Begitupun, musim ini menyaksikan Al-Ittihad beraksi dengan formasi ‘narrow diamond’ – formasi yang menjejaskan keupayaan Jota beraksi sebagai pemain sayap. Sekiranya Salah tidak menyertai The Tigers, pengurusan kelab perlu mencari sasaran alternatif atau kekal dengan formasi sedia ada.

Advertisements

Sebelum ini, bekas penyerang Chelsea itu pernah menjadi subjek bidaan bernilai £150 juta (RM883 juta) pada hari terakhir tetingkap perpindahan musim panas 2023. Bagaimanapun, Liverpool menolak mentah-mentah tawaran yang dibuat Al-Ittihad itu.

Malah, pengurus The Reds, Jurgen Klopp melihat penyerang berusia 31 tahun itu sebagai aset utama kelab biarpun mempunyai ramai penyerang berbisa seperti Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Luis Diaz.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram