Persiapan Ulsan Hyundai Terjejas Saat Akhir
ACL
Ulsan Hyundai
Advertisements

Juara bertahan K League 1, Ulsan Hyundai tidak berasa selesa pada kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan BG Pathum United.

Pasukan bimbingan Hong Myung-bo kini dalam konflik prestasi susulan beberapa keputusan kurang konsisten dalam 6 aksi terakhir.

Jaguh Korea itu juga tewas dalam pertemuan terakhir menentang wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Persiapan Ulsan Hyundai ke ACL dilihat sedikit terencat apabila pasukan tewas 3-1 kepada pasukan tangga ke-5 liga, Incheon dengan gol tunggal pasukan hadir pada masa tambahan.

Ulsan juga merekodkan tiga kemenangan dan tiga kekalahan dalam 6 aksi terakhir dengan kekerapan perubahan dalam kesebelasan utama memberi kesan.

Pasukan gergasi Korea Selatan ini kini terikat 6 mata dengan JDT dengan dua aksi terakhir bakal menjadi penentu pasukan yang mara ke pusingan kalah mati.

Advertisements

Ulsan akan bertemu BG Pathum pada 28 November 2023 jam 6 petang di laman sendiri sementara Kawasaki Frontale akan melayan kunjungan JDT di laman sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram