Ads
Dunia
Persis

Pasukan Liga 1 Indonesia, Persis bangga dan teruja setelah menerima pelawaan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk berkunjung ke Johor bagi menjalani latihan dan perlawanan persahabatan.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab, Persis memaklumkana bahawa Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards telah menghantar surat jemputan kepada kelab pada 4 November lalu.

Advertisements

Mengulas lanjut, ketua jurulatih pasukan, Leonardo Medina, beliau menyambut baik perkara ini sambil melihat ia sebagai satu perkara yang positif bagi persediaan kelab.

Advertisements

Advertisements

“Kami telah menjaga dan bekerja keras untuk memastikan para pemain sentiasa bersedia ketika aksi liga berhenti buat sementara waktu.”

“Perkara paling penting buat kami adalah untuk menjaga fokus dan mencari identiti untuk bermain sebagai satu pasukan selain memantapkan lagi barisan serangan dan bahagian pertahanan pasukan.”

Advertisements

Malah, Medina memuji skuad JDT yang memiliki kombinasi pemain tempatan dan import yang cukup baik sehingga berjaya mengangkat kedudukan pasukan untuk bersaing bersama gergasi Asia yang lain.

“JDT adalah sebuah kelab yang besar, antara kelab yang berpengaruh di Asia.”

“Kemampuan mereka untuk menjadi juara di Malaysia dengan barisan pemain tempatan dan import adalah sesuatu yang boleh menjadi contoh,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Persis akan berada di Johor sekitar 9 ke 10 hari untuk melakukan persediaan penuh dan perlawanan persahabatan di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram