Pertahanan Baharu Sabah Sudah Tiba
MakanBola
Sabah FC

Sabah FC akhirnya membawa masuk rekrut pertama mereka dalam tetingkap kedua perpindahan Liga Super.

Ini selepas pengurusan Sang Badak mengumumkan perpindahan pemain berdarah Thailand-Sepanyol, Ernesto Phumipha.

“Selamat datang ke Negeri Di Bawah Bayu, Ernesto!” kata kelab dalam satu kenyataan ringkas.

Kehadiran pemain berusia 35 tahun itu dijangka mengisi kekosongan di bek kiri. Ini selepas Daniel Ting meninggalkan pasukan itu dan kembali ke pasukan asalnya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain pertahanan Harimau Malaya itu kemudiannya menyertai Ratchaburi secara pinjaman sehingga akhir musim 2025/26.

Ernesto pernah beraksi untuk Real Oviedo, CD Mirandes, Sporting Gijon B, Buriram United, Bangkok United, Police Tero, Khon Kaen United, Muangthong United, Port FC dan BG Pathum United.

Malah, beliau juga pernah beraksi bersama penyerang muda negara, Fergus Tierney. Ernesto dan Tierney merupakan rakan sepasukan semasa beliau beraksi secara pinjaman di Nakhonpathom United.

Kehadiran Ernesto dilihat menyuntik semangat Sabah menjelang aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia menentang Melaka FC pada 22 Januari ini.