Posisi Pertahanan Kanan Harimau Malaya Jadi Rebutan
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Ketika saingan Liga Super musim ini sudah hampir menutup tirainya, persembahan para pemain telah boleh dirumuskan secara keseluruhannya dalam membantu pasukan masing-masing menghabiskan kempen dengan cemerlang.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa pemain yang beraksi di posisi pertahanan kanan menunjukkan persembahan yang konsisten untuk membuka peluang buat mereka ke dalam skuad negara.

Sebelum ini, sejak jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengambil alih pasukan, beliau gemar untuk menggunakan dua pemain utama pada posisi tersebut iaitu Matthiew Davies, pemain pertahanan kanan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pertahanan pasukan Selangor FC, Syahmi Safari.

Advertisements

Sungguhpun begitu, melalui penialaian data dan statistik musim ini, terdapat beberapa nama yang boleh diletakkan sebagai pilihan untuk mengisi posisi tersebut.

5. Azam Azmi Murad

Pertahanan kanan pasukan Terengganu FC ini sedang menikmati musim yang baik buat permulaan kariernya di sana. Beliau berada di tangga kelapan dalam senarai pemain muda yang paling banyak beraksi pada musim ini.

Advertisements

Sungguhpun terpaksa bersaing bersama seorang lagi pertahanan kanan iaitu Azarul Nazarith, Azam tidak sesekali menyerah malah sentiasa berusaha untuk meletakkan dirinya sebagai pilihan pertama.

Pemain berusia 20 tahun ini telah diturunkan sebanyak 18 perlawanan secara keseluruhan pada musim ini sekaligus menjadi antara pemain yang paling banyak membuat penampilan bersama pasukan.

Anak kelahiran Penang ini juga telah berjaya menjaringkan 1 gol dan mencatat 2 bantuan gol. Kebolehan Azam untuk bertahan dengan baik telah membantu pasukan untuk mencatat kemenangan tunggal ke atas JDT pada musim ini.

Advertisements

4. Quentin Cheng

Pemain pertahanan yang dipinjam daripada pasukan Selangor ini menunjukkan potensi sebenarnya di atas padang. Sugguhpun baru berusia 21 tahun, Quentin telah beraksi dalam kesemua perlawanan bersama pasukan Penang FC pada musim ini.

Beliau telah beraksi dengan cukup cemerlang di bawah kendalian Thomas Trucha yang menyaksikan pasukan itu berada di tangga kedua liga ketika ini.

Advertisements

Quentin juga mempunyai kepakaran untuk membantu bahagian serangan melalui hantaran jauh serta kebolehan melakukan hantaran lintang dengan tepat di bawah sistem pasukan yang menggunakan penyerang tinggi lampai seperti Casagrande.

Hasilnya, beliau telah merekodkan lima bantuan gol secara keseluruhannya ketika ini. Ini juga membuktikan kebolehan dan teknik yang dimiliki oleh pemain kelahiran Australia-Malaysia ini.

Beliau juga berada pada kedudukan pertama sebagai pemain muda yang paling banyak melakukan penampilan musim ini.

3. Syahmi Safari

Pertahanan kanan pasukan kebangsaan ini sedang menikmati prestasi terbaiknya ketika ini. Dengan ketiadaan Brendan Gan akibat kecederaan, pemain muda kelahiran Selangor ini diberikan amanah untuk memakai lilitan kapten sehingga akhir saingan.

Sungguhpun Selangor tidak mempunyai rekod pertahanan yang baik ketika ini, namun aksi bertenaga Syahmi yang bekerja keras untuk membantu barisan pertahanan dan juga turut menyertai barisan serangan dengan sangat aktif.

Bukan itu sahaja, beliau telah diturunkan sebanyak 20 perlawanan dan menjaringkan 1 gol. Kini, pemain berusia 23 tahun ini merupakan antara pemain pertahanan kanan paling bernilai dengan nilai pasaran sekitar 275,000 Euro bersamaan 1.35 Juta.

2. Rizal Ghazali

Anak jati kelahiran Kedah ini sudah beberapa musim menampilkan persembahan konsisten di bahagian pertahanan kanan pasukan bimbingan Aidil Sharin itu.

Pemain berusia 28 tahun ini turut mendapat tempat dalam skuad kebangsaan ketika beraksi di pusingan Kelayakan Piala Dunia di Dubai.

Pada musim ini, beliau telah beraksi dalam 19 perlawanan Liga Super sekaligus membantu Kedah menduduki tangga ketiga dalam liga.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah merekodkan 4 bantuan gol bersama pasukan Hijau Kuning dalam usaha mempersiapkan pasukan menjelang pertandingan Piala Malaysia tidak lama lagi.

1. Matthiew Davies

Matt Davies sudah beberapa tahun menjadi taruhan jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk mengemudi bahagian pertahanan kanan pasukan.

Pemain kacukan Australia-Malaysia ini juga menjadi tunjang di peringkat kelab kerana konsistensi dan teknik yang dimiliki oleh beliau.

Bukan itu sahaja, pemain berusia 26 tahun ini juga dikenali dengan kebolehan untuk merantai kelincahan pemain lawan di samping hantaran-hantaran berkualitinya sentiasa menjadi aset buat pasukan.

Bekas bintang Sri Pahang ini berjaya melakukan debut di pentas Liga Juara-Juara asia (ACL) ketika membantu JDT berdepan gergasi Asia yang lain dalam saingan tersebut. Ia pastinya menambah lagi pengalaman untuk membantu pasukan negara. Beliau juga telah menjaringkan 1 gol dan melakukan empat bantuan gol setakat ini.

Kini, Matt menjadi watak penting untuk mengemudi pasukan untuk merangkul kejuaraan Liga Super bersama JDT sekaligus mengekalkan kejuaraan itu buat musim kelapan berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram