Pertahanan Kanan Perak FC Dikecam Hebat
Liga Super
MakanBola
Perak Football Club
Advertisements

Lumrah sebagai seorang pemain bola sepak apabila sentiasa dituntut untuk mempamerkan aksi berkualiti setiap kali turun beraksi. Namun adakalanya ianya akan menjadi aksi yang baik dan begitu juga sebaliknya.

Itulah yang berlaku kepada pertahanan kanan berpengalaman Perak FC, Hafizal Alias yang diturunkan dalam aksi Liga Super menentang Kelantan United semalam. Hafizal yang juga pernah memakai lilitan kapten pasukan Perak dilihat mempamerkan aksi kurang meyakinkan semalam.

Advertisements

Melalui tinjauan di ruangan komen di laman Facebook Perak Football Club, nama Hafizal menjadi tumpuan dengan segelintir penyokong Perak mengecam aksi yang ditampilkan bekas pemain Harimau Muda B itu.

Ada yang di antara penyokong Perak mahukan Hafizal dikeluarkan dan digantikan dengan pemain lain selepas Hafizal dilihat agak agresif melakukan kekasaran dan juga mereka dapat mengesan Hafizal melakukan hantaran kepada pemain lawan.

Advertisements
Komen perak fc 1 Pertahanan Kanan Perak FC Dikecam Hebat
Antara komen penyokong Perak FC mengenai aksi Hafizal Alias. Sumber: Facebook Perak FC

Pada aksi semalam, Perak FC terdahulu mendahului perlawanan seawal minit kesembilan hasil tandukan Sunday Afolabi yang menyambar tendangan sudut kapten pasukan, Luciano Goaycochea.

Hasrat Perak untuk mencatatkan kemenangan ketiga dalam saingan Liga Super musim ini berkecai selepas Kelantan United berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti kontroversi pemain veteran mereka, Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-84.

Advertisements

News Comments Account