Advertisement
Pertahanan Perak, Luiz Motta Pecah Rekod Kad Merah Liga Super
Liga Super
MakanBola
Perak FC

Pertahanan pasukan Perak FC, Luiz Motta merekodkan kad merah pertama pada aksi sulung Liga Super muism 2024/25.

Pemain kelahiran Brazil itu turun dalam kesebelasan utama ketika bertemu pasukan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beraksi selaku pertahanan tengah, beliau beraksi bersama Shivan Pillay dan juga Kamal Arif swlain dibantu oleh Aiman Yusni dan Tommy Mawat pada kiri dan kanan padang.

Tuan rumah memperoleh jaringan pembukaan hasil rembatan kencang pemain tengah, Nurillo Tukhtasinoov yang menewaskan Haziq Nadzli pada minit ke-8.

Pemain The Bos Gaurus kelihatan mula menggandakan tekanan terutamanya barisan pertahanan untuk mengelak bolos kali kedua.

Perkara ini dihukum apabila pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri melayangkan kad kuning kepad apemain berusia 30 tahun ini.

Bersambung babak kedua, Perak berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti kapten pasukan, Luciano Guaycochea pada minit ke-61 sebelum gol sendiri Shivan Pillay membuatkan pasukan kembali di belakang.

Layangan kad kuning kedua menimpa Motta apabila beliau bertindak agresif sekaligus menyaksikan Perak beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-76.

Perak terpaksa menanggung kekalahan pertama musim ini dengan Luiz Motta menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah musim 2024/25.

Perak akan melayan kunjungan PDRM bagi aksi kedua Liga Super pada 18 Mei 2024 jam 9 malam di Stadium Ipoh.

Video: Terengganu vs Perak