Pertembungan Jordi Amat & Saddil Ramdani Jadi Tumpuan
Dunia
Johor Southern Tigers / Sabah FC
Advertisements

Aksi separuh akhir saingan Piala Malaysia 2022 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Sabah dan Johor Darul Ta’zim. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas bakal bermula pada jam 8.15 malam.

Kelibat dua bintang Indonesia, Jordi Amat dan Saddil Ramdani yang mewakili pasukan masing-masing pastinya menjadi tumpuan bagi aksi malam ini.

Jordi bakal menggalas tugas sukar mengawal kubu pertahanan JDT kelak ketika berdepan kelincahan pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani. Kepantasan dan keupayaan yang dimiliki Saddil setelah sembuh dari kecederaan jelas memberi tonik tambahan buat pasukan The Rhinos.

Advertisements

Pemain berusia 23 tahun ini menjadi wira buat Sabah dalam aksi suku akhir menentang Kuching City tempoh hari apabila hantarannya telah menyumbang kepada jaringan kemenangan menerusi Taiki Kagayama.

Sementara pertahanan berpengalaman JDT, Jordi Amat mudah menyekat setiap serangan yang dilancarkan pasukan Kelantan dalam aksi suku akhir kedua pada kelmarin. Beliau sekaligus berjaya menjaga kubu Harimau Selatan daripada dibolosi.

Kedua-dua pemain ini dijangka akan turun menjadi taruhan skuad kendalian Hector Bidoglio dan Ong Kim Swee.

Advertisements

Aksi tumpuan ini bukan sahaja bakal menjadi tatapan peminat bola sepak tempatan malah sudah pasti ramai dalam kalangan peminat bola sepak dari Indonesia tertunggu-tunggu perlawanan malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram