Pertembungan Malaysia & Kuwait Terpaksa Dilupakan
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Persiapan Malaysia sedikit terganggu apabila perlawanan persahabatan berdepan Kuwait tidak dapat dilangsungkan sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Malaysia sedang merangka persiapan terbaik dalam misi memburu kemenangan ketiga apabila dijadualkan menentang Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon sudah pastinya mahu bangkit setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Oman dengan keputusan 0-2 dalam aksi sebelum ini.

Advertisements

Minggu lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin memaklumkan bahawa Malaysia berkemungkinan hanya akan menentang sebuah kelab Liga Super sebagai persiapan pasukan.

Hal ini disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan pasukan lawan memandangkan kalendar FIFA yang hanya akan bermula sekitar awal bulan Mei, namun beliau akan berusaha untuk mendapatkan lawan terbaik buat pasukan negara.

Advertisements

Menerusi satu ciapan terkini yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pasukan negara bakal memulakan sesi latihan pada penghujung Mei, seminggu sebelum menentang Kyrgyzstan.

Perlawanan persahabatan turut diatur buat pasukan kebangsaan yang akan berdepan sebuah kelab selepas Kuwait dan beberapa negara lain tidak tersedia untuk aksi pemanas badan.

Advertisements

“Skuad Harimau Malaya disediakan chartered flight ke Kyrgyzstan, lapor diri 27 Mei, satu perlawanan persahabatan bertemu sebuah kelab diatur untuk aksi pemanas badan susulan empat buah negara termasuk difahamkan Kuwait tak available,” tulis Zulhelmi di laman X.

Skuad negara akan turun berdepan Kyrgyzstan dalam perlawanan kelima Kelayakan Piala Dunia 2026 di Bishkek pada 6 Jun hadapan sebelum menutup aksi kumpulan menentang Chinese Taipei lima hari kemudian.

Advertisements

Harimau Malaya kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan enam mata, ketinggalan tiga mata di belakang Oman dan Kyrgyzstan yang berkongsi sembilan mata di puncak kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram