Pertemuan Nafuzi Zain dan Irfan Bakti Bakal Jadi Tumpuan
Dunia
Terengganu 11
Advertisements

Pertembungan antara pasukan dalam kumpulan B, Piala Malaysia bakal dihangatkan lagi apabila pasukan Kuching City telah mengesahkan slot terakhir dalam kumpulan tersebut.

Sebelum ini, tumpuan lebih terarah kepada pertembungan antara pasukan Terengganu dan juga Selangor yang dilihat bakal menjadi pilihan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Namun begitu, Kuching City bimbingan Irfan Bakti Abd Salim dilihat bakal membuat pertembungan bersama bekas anak didiknya iaitu Nafuzi Zain setelah mereka berdua saling bekerjasama ketika menjadi tunjang utama pasukan dari tahun 2017 hingga tahun 2019.

Advertisements

Menurut satu kenyataan oleh Zulhelmi Zainal Azam, Nafuzi menganggap ini merupakan satu pertembungan yang sangat epik dalam perjalanan beliau sepanjang bergelar jurulatih kerana perlu menentang ‘sifunya’ sendiri pada perlawanan pembukaan.

Sungguhpun begitu, beliau pastinya ingin melakukan tugas dengan sebaik mungkin tatkala perjalanan menuju ke penghujung saingan Liga Super yang kurang memberangsangkan pastinya ingin ditebus dalam kejohanan berprestij ini.

Terengganu tewas 3 kali dalam 5 perlawanan terakhir liga sambil pasukan Kuching City FC yang mencatat 3 kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir pasti mahu mengekalkan rentak yang baik ini.

Advertisements

Pasukan Terengganu mengakhiri saingan Liga Super di tempat keempat dengan 38 mata, 5 mata dipisahkan dengan pasukan naib juara, Kedah Darul Aman yang mengumpul 43 mata.

Perlawanan pertama ini pastinya menjadi titik permulaan yang cukup penting buat kedua-dua pasukan untuk mendapatkan rentak awal untuk terus mengorak langkah bagi pertembungan berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram